Bilik Pengarah Choi..
Rex pernah kata yg selepas dia sematkan bunga kertas buatanya kat dada Pengarah Choi 13 tahun yg lalu..masa tu dia dah anggap Pengarah Choi seperti bapanya..sebenarnya Pengarah Choi dah terlupa dah perkara tu masa dia pertama kali jumpa Rex so lepas dia keluar dia baru teringat dan perlahan tarik laci meja dan rupanya dia still gi simpan bunga kertas tu yg tertulis nama asal Rex iaitu Kim Na Ho gan ucapan ribuan terima kasih pada Pengarah Choi tapi terkenangkan balik Rex tiba2 mengambil keputusan mengejut meninggalkan syarikatnya Pengarah Choi melepaskan geram keatas mejanya...
Bilik latihan Gengster..
Budak2 ni mmg nak kena sbb bukanya berlatih tapi dok main2 aje..tanpa diorg sedari Pengarah Choi msk dan bila tgk Gengster mcm tu apa gi angin tsunami dtg dan abis ler budak2 ni kena marah..kata klu mcm gini perangai diorg mcm mana diorg leh menandingi Rex..katanya lagi biarpun Rex kelihatan mcm sambil lewa tapi jika psl kerja dia akan berusaha habiskan biarpun terpaksa berjaga sepanjang mlm...semua member terdiam..dan Pengarah Choi kata gi hanya org yg berjaya menandingi REx saja yg akan layak berada dlm syarikatnya pastu bila Pengarah Choi kerah diorg berlatih terus kelam kabut budak2 ni berlatih tarian..hyuk joo lak hanya memandang Pengarah Choi dan dia sedikit risau takut kerana hal hee soo tu Pengarah Choi bad mood...
Dirumah Pengurus sang hyuk
Pengarah Choi mengarahkan Pengurus sang hyuk kembali gan segara ke syarikat berkenaan gan Rex..
Baru aje sebut kebetulan lak Rex dtg..dan masa ni ler Pengurus sang hyuk tanya apa sebenarnya yg berlaku? Dia masih x percaya yg Rex sanggup melepaskan segalanya tapi Rex sambil lewa ketawa kecil kata anggap ler semua tu sebagai balasan utk dia memulakan hidup baru. Pengurus sang hyuk geram kata dlm setuasi sebegini Rex leh lagi ketawa sbb segala sumber kewangan dia dah x ada kalau dia tinggalkan Pride..tapi Rex yg masih tertawa kata dia bukannya nak mulakan hidup baru berseorangan dan tujuan dia dtg pun adalah nak ajak Pengurus sang hyuk ikut dia sbb dia tau Pengurus sang hyuk x berapa ngam gan Pengarah Choi dan Rex kata gi biarpun syarikat baru tu x terkenal dan kecil tapi dia sgt yakin dgn kebolehan Pengurus sang hyuk dan pasti diorg akan dpt lakukannya klu bersama tapi yg sebenar2nya Rex kata dimasa ni dia amat perlukan bantuan dari Pengurus Sang hyuk..mendgr kata Rex tu Pengurus sang hyuk kelihatan terharu tapi gan tegas kata dia x leh ikut Rex..Rex lak bila dgr terus jadi sedih dan Pengurus sang hyuk kata napa ler Rex suka sgt larikan diri bila berhadapan gan masalah dan kerana ni amcm dia nak berkerja gan Rex yg disamping tu juga suka buat keputusan melulu selalu ..? Bila Rex cuba nak membela diri dan memujuk..Pengurus sang hyuk kata dia nak pegi ke syarikat skrg juga dan tinggal ler Rex bersendirian mengeluh kecewa...
Bilik Pengarah Choi...
Pengarah Choi sdg berckp dlm phone berkenaan gan kontrak Rex dan pastu salah seorg pekerja dia gitau yg Rex buat masa ni belum sign kontrak gan mana2 syarikat rakaman dan pekerja tu berjanji akan inform gan serta merta any latest news psl Rex . Masa ni hyuk joo dtg jumpa Pengarah Choi dan memandangkan Pengarah Choi dah tau apa yg berlaku psl hal dia tinggalkan pentas smlm demi bersama gan hee soo maka hyuk joo pun just ckp street to the point yg dia dtg sbb nak gitau psl yg dia skrg dah bercouple gan hee soo tapi dia berjanji x akan gitau sesiapa tapi kalau Pengarah Choi membantah hubungan mereka maka hyuk joo x akan ragu2 utk meninggalkan syarikat. Pengarah Choi kata ni ke yg hyuk joo tunggu dan nantikan..? menanti masa utk membalas dendam dan buktikan dpnnya yg dia boleh merampas hee soo kembali setelah dihalau suatu masa dulu olehnya. Hyuk joo hanya terdiam dan sedikit terkejut bila Pengarah Choi kata ikut suka hati hyuk joo ler nak buat apa asalkan jgn sampai public tau hubungan diorg. Hyuk joo yg masih x percaya tanya adakah hanya mcm tu aje..? Pengarah Choi kata anggap ler hyuk joo bernasib baik ari ni sbb dah cukup baginya kerna ari ni aje dia dah menerima satu tamparan hebat dari seorg budak ( Rex) jadi ari ni dia langsung x ada mood nak marah hyuk joo..dan sebelum hyuk joo keluar Pengarah Choi ingatkan hyuk joo yg hyuk joo skrg ni dah berhutang 2 kali gannya..satu psl member Gengster dan skrg lak adalah hal hee soo dan dia nak satu hari bila sampai masanya nanti hyuk joo kena bayar balik hutang2 tu.
Kat luar..
hyuk joo gan happy sambil tersenyum2 menunggu hee soo yg kemudiannya sampai gan kereta sportynya..yg kemudian minta maaf sbb lambat dan tanya adakah betul dia x menggangu jadual kerja hyuk joo..(time ni exprasi wajah hee soo mcm yg pertama kali kita tgk masa episode permulaan..muka innocent yg x ada masalah dan masa ni ler bel dah mula suka hee soo balik...) hyuk joo kata buat masa ni dia x ada kerja dan dia ada byk masa utk berjumpa gan hee soo..hee soo tersenyum dan tanya hyuk joo nak pegi mana skrg..x kira ler pegi tgk wayang ke atau saja mkn angin dia akan ikut aje kemana hyuk joo pegi. hyuk joo kata dia sebenarnya teringin nak buat sesuatu dan kemudian dia bukak pintu keta isyaratkan supaya hee soo keluar..
Rupanya hyuk joo ajak cuma berjln2 sambil berpegangan tangan..hyuk joo kata biarpun hanya bersiar2 tapi dia rasa sgt bahagia dan hee soo kata dia pun rasa mcm tu gak dan hyuk joo kata dia tiba2 teringatkan masa lalu diorg semasa masih gi jadi penari pastu diorg pun buat gaya tarian yg pernah diorg buat dulu sampai terlupa seketika keadaan sekeliling dan tiba2 diorg terhenti dan pandang sekeliling lak klu2 ada org nampak mereka..bila x ada org tiba2 aje diorg ketawa serentak dan terus berlari sambil terus berpegangan tangan.
Bilik rekaan..
Mang joo dtg dan tanya sang mi napa dah lama sampai seminggu dia x dtg jumpa mereka dan tanya adakah tu disbbkan dia x nak terserempak gan hyuk joo dan hee soo? Sang mi berdalih dan mang jong kata hyuk joo tertinggal phone dia dan pesan Smarty hantarkan tapi diorg akhirnya bercadang biar sang mi aje yg hantarkan kat dia. Sang mi terpegun seketika merenung phone hyuk joo dan bagi alasan yg dia byk kerja tapi mang jong kata napa sang mi ni langsung x berkeyakinan..? adakah disbbkan dia takut berdepan gan hee soo..? sang mi terdiam..mang jong kata gi napa sang mi dulu klu apa sekali pun berlaku sanggup hadapi semuanya tapi bila berdepan gan soal cinta terus jadik pengecut..? Jadi dia kena pegi mencuba sama ada berpisah atau nak rampas hyuk joo balik kerana yg penting diorg dpt mencapai satu penyelesaian utk tu semua..Sang mi lepas berpikir seketika terus tanya kat mana dia leh cari hyuk joo..?
Di lapangan baseball
Hyuk joo bawa hee soo ke tpt yg pernah diorg berdua selalu pegi bila nak lepaskan tension..setiap bola yg dipukul diorg akan jerit..hee soo jerit..'Gengster yg plg hebat..'hyuk joo jerit..'pentas adalah milik saya..' masa ni sang mi dtg lihat dan dgr hyuk joo jerit..'Chung hee soo yg plg hebat didunia..' dan bila hyuk joo jerit sebut psl..'pentas adalah milik saya.." sang mi jadi sedih dan mula nak nangis sbb dia teringat kembali dulu perkataan tu juga yg pernah hyuk joo sebut masa nak bagi semangat kat dia sbelum naik pentas..x tahan melihat tu semua sang mi terus beredar...
Di perhentian bas..
sang mi menangis mengutuk dirinya sendiri kata dirinya bodoh tul dah tau hyuk joo suka gan hee soo tapi napa nak pegi juga..pastu dah pegi tapi x berani lak...kemudian sun yeong call dan terus sang mi gitau yg dia x akan balik rumah malah mintak sun yeong temankan dia gi makan ayam goreng tapi sun yeong kata dia dah janji gan org lain..sang mi kecewa..phone berbunyi gi dan sang mi pikir kakak sepupunya dah berubah pikiran tapi rupa2nya panggilan dari Rex yg kata dia ni bukan kakak dia ler sang mi dah mula menangis gi...Rex yg tgh driving tu still nak bergurau tanya adakah sang mi rasa kecewa sbb dia yg call..? Rex kata dia skrg ni tgh boring dan mintak sang mi hiburkan dia gan citer lucu..sang mi lak tanya boleh ke Rex temankan dia gi makan ayam goreng..? Rex lak bila dgr suara sang mi menahan tangisan tu terus berubah serius tanya napa gan sang mi dan tanya dia kat mana skrg..? Masa Rex sampai sang mi dah abis menangis dah cuma termenung diam...Rex kata asalnya dia bercadang cari sang mi sbb mana tau sang mi mesti ada saja idea utk dikongsi bersama utk hilangkan kebosanannya pastu sang mi kata okey ler dia akan bagi satu citer lucu utk Rex dgr . Rex jeling kata tgk airmuka sang mi skrg ni aje mana mgkn sesuai utk bercerita tapi sang mi kata dia dah okey dari menangis tadi..Rex pun tanya adakah disbbkan oleh hyuk joo lagi..? Tapi sang mi cuba berdalih..terus Rex kata tiba2 bagi nasihat sang mi kena berpatah hati dari skrg..sbb bukankah sang mi pernah citer yg cinta tu adalah sejati tapi dimasa yg sama amat menyeksa org lain..jadi lebih baik sang mi lepaskan aje semuanya dan ikut dia pegi bersama sbb dia dah tinggalkan Pride. Sang mi terkejut bila Rex ckp yg dia tinggalkan Pride. Rex terus kata dia akan tlg sang mi lupakan hyuk joo perlahan2. Pastu masing2 diam dan sang mi merenung phone hyuk joo yg ada dlm gengamannya...
Bilik latihan...
Hyuk joo sampai aje tanpa pasang lampu utama terus start buat sedikit warming up dpn cermin dan terkejut hampir hilang semangat bila ternampak bayangan sang mi melalu cermin..(sang mi masa ni berlagak mcm x ada apa2 yg berlaku antara diorg..dia berlagak mcm biasa diorg selalu berjumpa..) sang mi sambil bergurau cuba pura2 takutkan hyuk joo berlakon jadi hantu pucung dtg nak tangkap hyuk joo..tapi melihat hyuk joo mcm terpegun terkejut tgk dia dtg mlm2 mcm ni terus sang mi serahkan phone kata napa hyuk joo leh letak merata2 phone dia..hyuk joo yg merasa kekok tu cuba bersikap biasa..tanya amcm lak phone dia ada kat sang mi padahal dia suruh smarty hantar phone tu tapi sang mi kata dia adalah cara amcm jumpa phone tu pastu sang mi kata pasti hyuk joo hairan amcm sang mi tau dia akan ada kat sini..? hyuk joo tersenyum kelat kata mmg dia hairan amcm sang mi tau dan sang mi kata jadual harian hyuk joo semuanya ada tersimpan dlm phone..amcm dia dpt tgk gan mudah sbb password hyuk joo adalah harijadi hee soo..hyuk joo tertunduk segan..sang mi lak kata dia ada sedikit hairan sbb sepatutnya org tgh bercinta mesti x ada masa utk ni tapi lain lak gan hyuk joo yg akan masih dtg berlatih biarpun diwaktu mlm...hyuk joo lak seperti mcm rasa lain cuba nak terangkan sesuatu tapi sang mi tau apa dan terus suruh hyuk joo ikut dia..
Bilik rekaan..
hyuk joo cuma pandang sang mi memilih beberapa helai baju..hyuk joo mula kurang senang dan tanya apa sebenarnya sang mi nak buat..sang mi lak masih berlagak mcm biasa kata dia nak hyuk joo jadi model dia sekejap sbb skrg ni sang mi tgh nak sesuaikan pakaian Rex utk album ke4 dia..hyuk joo tolak baju tu dan kata gan nada keras kata x yah sbb size badan diorg langsung x sama..tapi sang mi gan pantas menahan hyuk joo dari beredar dan sambil gan nada mengkritik tu sang mi kata..dia mmg tau sgt keadaan bentuk badan diorg..tapi tgk keadaan cara pakaian hyuk joo skrg..sepatutnya bila dah jadik penyanyi biarpun dlm keadaan biasa sekalipun hyuk joo sepatutnya kena berhias dan bergaya..hyuk joo terdiam dan sang mi ambik sehelai kot dan padankan gi ke badan hyuk joo pastu komplaint lak kata sgt susah tul jadik pereka imej hyuk joo sbb badan dan tangan dia panjang jadi akan pasti mendtgkan masalah sbb selalu kena ubah sana sini utk dia...hyuk joo yg geram sbb dari tadi asyik kena sindir aje dan cuba balik perli sang mi kata mmg betul ler tu jadi sang mi kena betul2 kena tlg si Rex yg bertangan dan berkaki pendek tu.. ..sang mi buat x tau aje dan akhirnya dpt sepasang kot hitam yg kelihatan sesuai utk hyuk joo sambil gan nada serius kata dia amat teringin nak buat baju sebegitu utk hyuk joo..hyuk joo lak kata sudah semestinya sang mi akan dpt buat tu semua melainkan sang mi dah x nak jadik pereka imej group diorg..pastu sang mi suruh hyuk joo pegi sambung latihannya dan biarkan dia aje yg kemas pakaian tapi hyuk joo kata biar diorg sama2 kemas tapi sang mi yg masih cuba berlagak biasa kata dia x perlu tlg sbb klu hyuk joo salah letak nanti dia lak yg kena marah..hyuk joo senyum ler dan tepuk bahu sang mi sebelum beredar dan sang mi lak angkat muka nak renung keluar tapi terus tundukkan muka pura2 sibuk bila tiba2 hyuk joo patah balik kata gan riang yg dia gembira tgk sang mi ceria ari ni dan oleh tu dia pun ajak sang mi utk dtg makan malam gan Gengster dan berjanji akan call sang mi esknya...lepas hyuk joo pegi tu sang mi terus menangis sedih..
Changing room Gengster...
Hyuk joo hanya terdiam terkejut begitu gan yg lain bila pereka imej diorg gitau yg Rex dah tinggalkan syarikat. Pastu Young dal kata bagus gak ler sbb gan tu sang mi akan jadi pereka imej diorg..tapi lagi diorg terkejut bila tau sang mi pun berhenti dan ikut Rex..Member yg lain terus berusaha utk menghubungi sang mi dan bila tau sang mi x nak berckp gan diorg..hyuk joo berpura2 x nak ambik tau terus berlatih menari tapi dia sebenarnya sgt concern gan apa yg berlaku kat sang mi..Kingmart lak terus marah hyuk joo tanya apa yg dia dah buat kat sang mi..? Adakah hyuk joo dah berkiss gan hee soo dpn2 sang mi sbb tu ler sang mi x nak terima panggilan diorg..hyuk joo yg tgh berlatih menari separuh hat tu tiba2 aje terhenti dan terus berlari keluar...
Depan rumah sang mi...
Hyuk joo tanya napa x gitau dia smlm pasal dia berhenti..? sang mi kata bukankah diorg dah pun tau skrg ni..hyuk joo kata memandangkan diorg skrg dah berjaya maka biar dia ckp gan Pengarah psl jadikan sang mi sebagai pereka imej diorg tapi sang mi kata hyuk joo jgn nak berlagak bodoh dpn dia..tanya adakah benar2 hyuk joo x tau apa sebenarnya sbb dia berhenti..? Hyuk joo terdiam..tapi sang mi kata psl benda tu jgn ler hyuk joo salah paham lak..sbb dia x pernah membantah hyuk joo bercinta gan hee soo kerana dia tau selama ni hyuk joo sgt suka gan hee soo..dan inilah yg membuatkan hyuk joo gembira..tapi sang mi kata dia pun berhak utk hidup gembira juga dan x ingin terus bersedih lagi kerana tu juga sang mi kata dia x ingin berjumpa gan hyuk joo gi..mendgr tu hyuk joo terus kelu x tau nak ckp apa. Masa ni Rex dtg utk menjemput sang mi. dan Rex lak bila terpandang hyuk joo cuba beramah mesra gan bertegur sapa tapi hyuk joo lak cuma pandang Rex mcm nak telan Rex bulat2 aje.. ...Sang mi kata dia nak pegi temankan Rex pegi tgk rumah baru dia...hyuk joo lak masih gi terpegun diam sambil pandang aje kereta Rex sampai hilang..
Diluar...
Hyuk joo membeli apartment baru utk keluarganya..bukan main seronok gi mak gan adik dia dan kata luar hyuk joo berbual gan bapanya..hyuk joo kata sudah masanya utk dia membalas segala susah payah mak dia masa dulu dan oleh kerana dia dah jadik terkenal maka dia leh beli apa saja utk diorg x yah susah2 gi mxm 3 tahun yg lepas masa diorg hidup miskin...
Bilik Pengarah Choi...
Pengarah Choi masih risau psl Rex dan Pengurus sang hyuk minta supaya Pengarah Choi tunaikan aje permintaan Rex utk buat album ke4 dia tu..lagi pun skrg ni dah ada beberapa syarikat yg berminat nak ambik Rex..tapi Pengarah Choi kata Rex x akan berani sbb dia masih terikat gan kontrak gi dan dia akan dakwa Rex klu dia melanggar kontrak. Pengurus sang hyuk terkejut tanya adakah Pengarah Choi benar2 nak mendakwa Rex..? Pengarah Choi kata dia saja nak takutkan Rex sbb para artis ni amat takut klu terlibat gan undang2 sbb takut kerjaya diorg akan turut tercemar..Tiba2 Pengurus sang hyuk ugut berckp psl satu kes tipu Pengarah Choi disuatu masa dulu dan dia kata klu x nak perkara tu terdedah Pengarah Choi kena lepaskan Rex. Pengarah Choi tanya kenapa dia nak sgt tolong Rex..? Pengurus sang hyuk kata Rex adalah seorg penyanyi yg berkebolehan jadi dia nak jadikan Rex sbagai pelaburan masa depannya..Pengarah Choi kata adakah Pengurus sang hyuk juga ingin meninggalkan syarikat...? Pengurus sang hyuk kata baginya klu ingin menguruskan sesuatu yg bagus mesti kena menanggung akibatnya juga..pastu dia terus keluarkan surat resignnya..
Rumah baru Rex...
Rex menyediakan minuman panas masih tertanya2 napa akhirnya Pengurus sang hyuk tiba2 berubah pikiran..sambil tu terus memandang Pengurus sang hyuk yg tgh sibuk mula mengatur jadual Rex dan suruh Rex baca apa yg patut..akhirnya Rex pun tanya kenapa akhirnya dia berubah...? Pengurus sang hyuk gan nada bergurau tapi ada benar gak..kata umur dia dah semakin meningkat dan oleh kerana tu dia ingin jadikan Rex sebagai pelaburan masa depannya yg terbaik..Rex tertawa dan kata terima kasih dan utk pertama kalinya dia panggil Pengurus sang hyuk abang..sampai Pengurus sang hyuk tiba2 jadik segan dan terus suruh Rex pegi tido tapi bila melihat senyuman nakal Rex..terbeliak mata Pengurus sang hyuk tgk apa yg Rex nak buat..Rex lak terus berdiri sambil mengusik nakal melompat ke arah Pengurus sang hyuk dan bergurau sambil panggil.."abg sang hyuk..aku cinta pada mu..." ...(sweet tul tgk Rex ketawa nakal masa ni... )
Syarikat Music Star...
Syarikat ni kecik dan x berapa terkenal dan pulangan wang pun amat sedikit tapi oleh kerana pengarah tu memberi sepenuh kepercayaan utk Rex mengubah dan menghasilkan album dia sendiri maka tanpa ragu2 Rex terus sign kontrak gan syarikat tu..
Kat luar..
Pengurus sang hyuk tanya napa ler Rex sign kontrak gan syarikat miskin tu..Rex kata dia tinggalkan Pride bukan psl album ke4 tu tapi Pengurus sang hyuk pun tau apa yg dia inginkan dan lagi dia juga tau yg Rex sukakan kebebasan..dan syarikat tu lak dah bagi kebenaran utk dia tunjukkan kebolehan dia dlm menghasilkan albumnya. Pastu Rex kata gi yg syarikat tu sgt kecil jadi x tau sama ada diorg ada sediakan bilik rakaman peribadi dan pereka imej utknya..? Pengurus sang hyuk kata tu x jadi masalah sbb dia leh minta pereka imej lamanya dtg membantu dan masa ni juga Rex kata mskkan sekali sang mi dan kalu boleh sediakan juga satu bilik khas utk dia berkerja. Pengurus sang hyuk yg kehairanan tanya napa Rex sgt ambik berat kat sang mi..? Rex pun kata sang mi tu bagaikan ahli keluarga diorg..disamping sebagai pereka imej..sang mi juga adalah peminat setia dia..Rex tau apa yg Pengurus sang hyuk cuba pikirkan terus bagi alasan biar aje diorg anggap sang mi ni mcm binantang kesayangan lagipun bagi perlindungan utk binatang kesayangan xkan memerlukan perbelanjaan yg banyak jadi Pengurus sang hyuk x perlu risau..tapi Pengurus sang hyuk kata kenapa dia rasa skrg ni mcm Rex kelihatan berminat sgt gan sang mi..Rex diam aje x jawab apa...
Music Station..
Gengster buat persembahan dan masa ni salah seorg penari buat kesilapan melanggar young dal..
Dan dlm bilik salinan...
dancer menyalahkan diorg yg selalu tukar2 step tarian dimasa2 akhir..pastu dancer tu terus mengutuk diorg yg lupa diri lepas jadik terkenal...akhirnya terjadi ler pergaduhan.
Disebuah bilik..
Gengster semua diam dan mang jong kata apa yg dancer ckp tu ada betulnya juga..masa ni Pengurus baru diorg msk dan ckp Pengarah Choi cuma nak jumpa gan hyuk joo seorg manakala yg lain kena meneliti kesalahan masing2...
Bilik Pengarah Choi..
Hyuk joo msk dan terus Pengarah Choi tunjukkan video clip masa diorg jadik penari sampingan Rex...Pengarah Choi dlm tanya apakan jadi kalu dia sebarkan vidoe tu kepada org ramai..pastu Pengarah Choi tanya apa pendapat hyuk joo klu dia jadik penyanyi solo kerana antara semua cuma dia seorg aje tau menyanyi tapi hyuk joo kata dia xkan sekali2 tinggalkan rakanya yg lain..Pengarah Choi kata hyuk joo dah pernah berjanji akan tunaikan janjinya dulu gan dia..pastu Pengarah Choi suruh hyuk joo keluar dan suruh dia nasihatkan member yg lain supaya berkelakuan baik klu x dia akan pecat semuanya..
Disebuah pub..
Hee soo gitau yg Pengarah Choi suruh dia pegi ke Jepun. Hyuk joo kata bagus ler mcm tu sbb nampaknya Pengarah Choi masih gi menaruh harapan kat hee soo..tapi hee soo apa gunanya dia pegi sudah ler kena belajar bahasa jepun malahan kat sana pun klu dia menyanyi still kena guna 'lips sync' gak..oleh tu dia langsung x tau apa masa hadapan dia klu pegi sana..pastu dia pun tanya gimana lak gan hyuk joo napa Pengarah Choi jumpa dia..tapi hyuk joo kata x ada apa2 cuma Pengarah suruh dia lebih berusaha gi...
Dlm teksi..
ketika teksi tu berhenti dihadapan trafic light..hyuk joo menurunkan cermin tingkap dan memandang kearah sebuah kedai runcit..sambil tersenyum dia terkenangkan kembali saat dia bersama sang mi mkn maggi kat tepi tingkap dan terus menoleh dan ajak hee soo gi mkn makanan segera bercampur gan gumpalan nasi mcm diorg selalu makan masa dulu2 tapi hee soo kata baik diorg pegi mkn kat restoran India..mendgr tu terus hyuk joo jadi sedih dan kata dia x lapar..hyuk joo lak terus merenung keluar memandang sayu kearah kedai runcit tu..
Di bilik rakaman peribadi Rex..
Sang mi memerhatikan Rex yg tengah mengubah lagu mengunakan komputer..sang mi pun kata Rex skrg dah mula nampak seperti lelaki dewasa. Rex tanya adakah dia nampak perangai dia dulu mcm budak2? Pastu sang mi sambil membelek2 file rekaannya kata mulai skrg Rex kena berubah imej yg menunjukkan kematanganya. Rex hanya tersenyum dan setuju gan cadangan sang mi..apa gi sang mi yg terexcited tu terus kata dia nak tunjukkan rekaan tu skrg kat ketua pereka..Rex masih gi tersenyum tgk gelagat sang mi..masa ni msg phone berbunyi..tercarik2 gak ler Rex kat mana bunyi tu dan dia terpandang phone sang mi atas meja...bila dia bukak msg tu dari hyuk joo..msg pendek aje tanya adakah sang mi masih hidup gi..? Rex terus padam msg tu dan lepas tu dia terus terpandang gambar2 dlm phone tu yg akhirnya adalah gambar hyuk joo dan sang mi sdg pegang keronsang..bila dia terdgr sang mi msk cepat2 dia tutup dan letak atas meja balik. Sang mi kata yg dia x jumpa pun ketua pereka tu tapi klu boleh biar diorg kekalkan imej yg pernah diorg bincang sebelum ni iaitu Rex memakai topi dan pegang tongkat. Rex kata lagi bagus klu ditambah lagi memakai keronsang..sang mi terus terdiam..Rex lak terus bukak phone sang mi dan tunjuk gambar dia pegang keronsang tu..Sang mi kata ianya x kena dan x sesuai utk dia dan Rex tanya apa mksd keronsang tu..dan sang mi pun gitau ianya bermksd tenaga..Rex pun kata oleh kerana dia pun skrg ni nak bermula dari bawah semula maka dia amat perlukan benda tu. Tapi sang mi cuba berdalih kata benda tu betul2 x sesuai utk Rex..Rex yg dah mula merajuk kata yah ler klu mcm tu dan suruh sang mi gi pegi buat semula rekaan dia sbb dia langsung x berkenan gan rekaan yg dia tunjuk tadi..Sang mi sambil menyindir kata baik ler dia akan buat balik ikut kehendak Rex sbb dia kenal Rex dah lama yg suka merajuk mcm budak2..merajuk sana..merajuk sini..apa gunanya menyanyi bagus klu perangai masih mcm budak2..? Rex yg geram dituduh merajuk mcm budak kecil terus gitau yg tadi ada msg dari hyuk joo tapi dia dah padamkan...mendgr nama hyuk joo sang mi terus menoleh dan marah napa Rex suka hati sentuh barang org pastu sembarangan aje padam msg org..Rex kata bukankah sang mi nak lupakan hyuk joo tapi sang mi kata biarpun dia nak lupakan hyuk joo sekali pun tapi dia tetap masih ingin menyimpan msg tu sbb mana mana tau msg tu dihantar utk cari dia sbb ada hal kecemasan...Rex kata biarpun ianya hal kecemasan tapi sang mi x patut jumpa hyuk joo gi..jika betul sang mi nak lupakan hyuk joo..dia kena bertegas..jgn hanya pandai ckp dimulut aje..tapi sebenarnya masih gi rindukan hyuk joo..mendgr tu sang mi tertunduk sedih dan tanya perlahan apa msg yg hyuk joo hantar..Rex kata cuma 3 perkataan iaitu perkataan..'masih hidupkah' dan juga satu tanda soal.. Rex tanya gi apa sebenarnya yg sang mi harap dan nantikan? Sang mi x terkata apa terus tunduk dan beredar..Rex lak mengeluh geram..
Di pub..
Penipu tu kata kat bapa hyuk joo yg ada penerbit nak buat rakaman antara dia dan hyuk joo esk..tapi bapa hyuk joo kata x boleh sbb hyuk joo terikat gan Pride tapi lepas dipujuk dan dirayu oleh penipu ni maka gan bapa hyuk joo pun bersetuju..
Dpn hostel...
Bapa hyuk joo pun gitau ler psl rakaman tu pada mulanya hyuk joo kata x boleh sbb ni melanggar syarat..tapi bila tgk bapa dia akhirnya hyuk joo bersetuju..
Keeskan harinya..
Rakaman anak bapa tu pun dibuat..apa gi habis ler kisah hidup hyuk joo dari kecil sampai besar diceritakan oleh bapanya..termsk ler psl hyuk joo dulu sebagai penari sebelum jadi penyanyi..
Pride..
Pengarah Choi sdg berbincang psl iklan utk hyuk joo gan sebuah syarikat iklan dan masa ni pengarah iklan tu ternampak rakaman tu ditayangkan disebuah tv. Disbbkan ni kontrak iklan tu pun dibatalkan..
Hostel Gengster..
Pengarah Choi dan pengurus diorg dtg ditgh2 mlm buta..dan dia sgt terperanjat dan marah bila tgk budak2 ni tidur terbongkang kat ruang tamu..apa gi terjerit ler Pengarah Choi tanya apa yg diorg buat masa ni..sepatutnya diorg kena buat latihan dan terus marah hyuk joo kata disbbkan dia syarikat kerugian kehilangan kontrak iklan yg besar..hyuk joo terperanjat..
Di rumah parents hyuk joo..
bila bapa hyuk joo gitau mak hyuk joo psl hyuk joo kena bayar kerugian tu..mak hyuk joo marah bagaikan nak gila..dia kata dia nak tlg hyuk joo bayar biarpun klu terpaksa jual rumah tu..bapa hyuk joo hanya diam aje..semua ni salah bapa dia ler..
Disebuah restorant...
Pengarah Choi bawa hyuk joo berjumpa gan Pengarah iklan tu dan Pengarah Choi kata dia dah tarik kesemua rakaman hyuk joo gan bapanya..sesekali Pengarah Choi bagi isyarat kat hyuk joo supaya berusaha ambil hati Pengarah iklan tu..entah apa yg diberitahu oleh Pengarah Choi kepd Pengarah iklan tu sampai Pengarah iklan tu percaya yg kesemua apa yg ada dlm rakaman tu adalah palsu semata2..Hyuk joo lak cuma diam makan hati bila Pengarah iklan tu gitau yg standard hyuk joo skrg mmg x padan gan bapanya..dan akhirnya diorg dpt gak kontrak tu...
Di luar...
kali ni sipenipu tu minta Mr.Kwon bawa sekali gi hyuk joo buat rakaman..tapi tau ler mcm biasa si Mr.Kwon ni bila dah dipujuk dan dirayu dan dijanjikan mcm2 gan mudah aje bersetuju..
Di luar restorant..
Dgn sabar Mr.Kwon menanti sampai hyuk joo keluar dan bila keluar aje Mr.Kwon pun panggil..dan masa ni hyuk joo dah jadi serba salah dan akhirnya hyuk joo terpaksa memilih mengikut Pengarah Choi yg masa ni mengiringi Pengarah Iklan tu..Mr.Kwon sgt sedih tapi dia pasrah..dan masa ni Mr. Kwon dah kelihatan sering memegang tengkuknya yg sakit...
Diluar..
Bila sipenipu ni tanya amcm.. terus Mr.Kwon marah kata jgn kacau anak dia lagi dan masa ni dia ternampak hyuk joo naik kereta gan Pengarah Choi dan Pengarah Iklan tu..
Disebuah talk show...
Mamat yg selau menguruskan persembahan tu amat marah sbb diorg mungkir janji tapi bekas ketua gengster cum pengurus Mr.Kwon kata dia minta maaf sgt2 dan berjanji akan membayar gantirugi gan meminta suruh Mr.Kwon naik pentas dan menyanyi..mamat ni pun malas dah nak layan akhirnya bersetuju dan suruh Mr.Kwon bersedia. Kemudian salah seorg crew tu tanya adakah nak juga ambik rakaman tu..? mamat tu kata ambik aje simpan jadik backup klu ada apa2 nak tukar siaran...
Disyarikat iklan..
Hyuk joo mengikat kontrak gan syarikat iklan. Masa ni hyuk joo asyik terkenangkan bapanya manakala Pengarah Choi lak tersenyum lebar tgk kontrak tu...
Talk Show..
Penonton dlm talk show tu kelihatan terhibur gan nyanyian Mr.Kwon..masa ni dia sebenarnya sedih teringat psl kejadian kat restorant tu dan masa ni dia asyik memengang tengkuknya yg sakit dan pandangan dia mula kabur dan masa ni Mr.Kwon terus rebah pengsan..
Hospital...
Ketika hyuk joo sampai bapa dia dah pun meninggal..
http://forum.cari.com.my
Wednesday, October 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment