Studio..
Pengurus sang hyuk memberikan mereka senarai butir peribadi baru, ada yg mengeluh dan ada lak yg mempersendakan profile tu..apa x nyer semua profile tu bukannya data peribadi diorg yg sebenar2nya..bila melihat Pengurus sang hyun naik marah terus nak x nak terpaksa ler diorg menghafal profile tu gan separuh hati.
Di luar hostel Rex..
Sang mi sempat bersembang dan mengutuk perbuatan Rex yg telah memberhentikan perkhidamatan seorg cleaner bilik dia. Tapi cleaner tu gitau yg Rex sebenarnya terpaksa buat mcm tu menukar staff setiap 6 bulan sekali sbb semuanya demi keselamatannya dirinya yg sering mendpt surat ugutan dari luar. Sang mi bila mendgr tu terus terdiam.
Di hostel Rex..
Rex sdg mencuba baju yg direka oleh sang mi tapi bila melihat sang mi senyap aje tapi asyik curi2 pandangan wajahnya Rex pun tanya ler apa sang mi nak tanya dia sebenarnya. Sang mi pun gan hati2 tanya apa yg terjadi gan dia 2 tahun yg lalu. Rex kata dia kemalangan jalanraya pastu sang mi angguk dan bersiap utk keluar tapi Rex yg hairan tanya apakah tu aje yg dia nak tau tapi sang mi kata dia xkan tanya sbb dia tau Rex x akan sudi gitau dan dia sendiri pun x ingin nak ambik tau. Rex senyum kata dia hairan selalunya org akan asyik bertanyakan perkara tu. Sang mi kata dia pernah tanya soalan yg sama tapi apa yg dia dpt cuma dimarah oleh Rex..pastu dia merungut kata walaupun dia selalu terima surat ugutan jgn ler sampai asyik menukar cleaner bilik dia. Rex gitau ler yg dulu dia pernah diculik dan sang mi kata mmg ler byk suparstar akan mengalami perstiwa mcm tu dan ni x ada kena mengena gan cleaner bilik dia, Rex gan pantas gitau yg penculik tu adalah Pengurus peribadi dia sendiri..sang mi terkejut..Rex pun citer ler hubugan diorg amat rapat mcm adik beradik tapi pengurus dia tetap menculiknya. Kini terus kepd flash back memori hitam Rex...tunjuk Rex gan pengurusnya selalu bersama dan bermain snuker dan Rex selalu kalah..masa ni gak Rex masih mengunakan nama betul dia Kim Na-ho..hingga ler pada satu mlm pengurus mengejutkannya kata ada rakaman telah ditukar jadual dan mereka kena pegi skrg. Rex yg separuh tido ikut aje ler dan dlm keta tapi sempat tanya napa x pakai kereta syarikat..? Tapi pengurus dia kata keta rosak..Rex lak tanpa byk soal terus aje tido dan bila dia sedar dia berada ditepi pantai dan masa ni air tgh pasang. Lagi Rex mula panik bila tangannya diikat dan keadaan ketakutan tu dia asyik memanggil pengurusnya..Rex cuba nak lepaskan diri tapi malangnya dia x leh nak capai bukak safe belt..sehingga ler dirinya lemas dlm air kemudian pengsan..Sang mi gan penuh minat terus tanya apa jadi lepas tu..Rex yg kelihatan tenang kata bila dia sedar dia dah terlantar kat hospital dan pengurusnya dah ditangkap polis. Rex gitau sbb pengurus culik dia sbb tlg sepupunya yg berhutang gan ceti dan sambil tertawa mcm x ada apa2 berlaku Rex kata dia sendiri pun x tau napa org yg selalu rapat gan dia akhirnya akan memperalatkan dirinya dan dia angap tu adalah nasib malangnya dan pengalaman sebegitu mmg x akan boleh ditukar ganti gan wang ringgit. Sang mi kata kini dia paham dah napa Rex pegi US masa tu dan suggest supaya Rex pegi bercuti beberapa hari utk tenangkan hati dia. Rex kata napa semua pompuan bila dgr kisah sedihnya mesti akan bersimpati kat dia? Rex perlahan2 mendekati sang mi sambil wajah yg tersenyum kata sang mi mmg layak jadi mak dia. Tapi dia bukan budak kecil gi dan dia dah pun lupakan semuanya. Sang mi merenung Rex tanya napa Rex kelihatan gembira dan senyum bila cerita peristiwa tu. Selalunya org yg mcm tu sebenarnya amat menderita dan akan menangis bila bersendirian sbb contoh yg plg dekat adalah sang mi sendiri..dia akan menangis rindu dan susah hati biar pun bapanya dah lama meninggal. Terus senyuman Rex hilang dan berpaling membelakang kata gan nada tinggi jgn samakan pengalaman sang mi gan dirinya sbb yg dia mmg dah lupakan terus peritiwa tu. Bila menlihat reaksi Rex terus sang mi minta maaf dan gan cepat dia mencapai pakaian Rex dan keluar.
Di sebuah bilik...
Pengurus sang hyun sdg berbincang aktiviti hee soo ( bel kekdg hairan gak..napa hee soo pun dia yg uruskan..xkan hee soo x ada pengurus sendiri.. ) Sang mi dtg kata dia nak berckp gan Pengurus sang hyun sendirian, gan pantas pengurus sang hyun tanya sama ada pakaian Rex ada masalah tapi sang mi kata x ada dan bila melihat Pengurus sang hyun mcm enggan nak keluar terus aja sang mi gitau psl kes penculikan Rex dahulu. Pengurus Sang hyun terkejut tanya siapa yg gitau dan sang mi kata Rex yg gitau. Masa ni hee soo yg turut mendgr juga terkejut dlm hatinya napa selama ni Rex x pernahpun gitau hal2 mcm tu. Terus aje Pengurus sang hyun suruh hee soo keluar. Pengurus sang hyun berdiri dan cuba mengingatkan sang mi dan sang mi kata dia x akan ckp gan org psl peristiwa tu demi kebaikan Rex juga.
Hostel Rex...
Rex tgh melayan perasaan terkenangkan peristiwa tu. Hee soo dtg gitau yg dia baru dpt tahu psl peritiwa dia diculik. Rex kelihatan pura2 geram kata sang mi suka tul bawa mulut merata2. Hee soo puji Rex kata kalu terjadi kat dirinya x mgkn dia leh jadik mcm Rex yg begitu hebat dan tabah. Rex dah mula rasa terganggu dan kata dia nak berehat tido tapi hee soo x berganjak malah tanya napa perkara mcm tu dia leh gitau kat sang mi tapi bukan kat dia? Rex kata dia gitau secara x sengaja dan hee soo tanya gi napa perkara yg x sengaja tu x terjadi kat dia? dan gan tu boleh ler dia lebih memahami Rex. Adakah sbb Rex tidak yakin gan dirinya..? Rex pandang hee soo kata gan nada menyindir psl hee soo yg x pernah menepati janji. Hee soo terpegun..Rex terus kata sentuh psl diri hee soo lak..kata hee soo pernah berkata yg dia nak jadi penyanyi yg sebenar tapi sampai skrg hee soo masih gi mengunakan lebel artis seksi malah bila setiap kali menyanyi akan menggunakan 'lips sync'. Hee soo yg terdiam kata dia skrg tgh tunggu peluang utk nyanyi live tapi Rex pintas kata nak tunggu sampai bila..? yg sebenarnya hee soolah yg nak tangguh tu semua. Pastu hee soo mula marah kata bukankah Rex pun sama gan dia..asyik ikut arahan Pengarah aje..kata nak tinggalkan syarikat tapi x pegi gak. Rex menghampas gelas minuman dan berdiri..kata mgkn skrg ni hee soo rasa yg Rex tgh marah tapi dia nak hee soo dgr gan jelas dan jgn salah paham gan apa yg dia nak ckp skrg kerna dia cuma nasihatkan hee soo supaya jgn ckp kat org ikut suka hati kata dirinya adalah penyanyi sebenar, juga jgn sesekali menyanyi secara live dpn org sbb hee soo x mempunyai suara yg leh mencapai tahap seorg penyanyi jadi klu boleh biarlah hee soo buat apa saja yg dia termampu buat separti apa yg dia buat selama ni. Mendgr nasihat berunsur kritikan tu hee soo kelihatan terluka dan tanya napa Rex x gitau semua tu dari awal gi supaya gan tu mudah bagi dia memutuskan hubungan mereka dan skrg hee soo kata lepas dgr tu semua dia x lagi rasa berat hati tinggalkan Rex. Rex diam dia tau dia dah melukakan hati hee soo tapi dia terpaksa gak gitau perkara sebenar ttg mutu nyanyian hee soo dari sudut pandangan seorg kawan..
Di sebuah pasar mlm...
Sang mi tgh bershopping beli alatan utk rekaannya dan selesai tu ketika nak balik hujan turun gan lebatnya. sang mi kelihatan kecewa bila org yg dia hubungi x jawab phone...tiba2 dia teringat kat hyuk joo. Hyuk joo yg tgh tido angkat phone dan jawab tapi sang mi lak tiba2 rasa gemuruh terus letak phone..apa gi menunggu ler sang mi kat luar berharap hujan akan cepat reda..tapi dia dah x leh tunggu sbb bas terakhir dah nak pegi. sang mi nak x nak terpaksa redah hujan dan terlanggar lak seorg lelaki sampai habis butang campur manik dia jatuh bertaburan atas tanah..sdg sang mi yg dah basah kuyup sibuk mengutip..hyuk joo sampai. sang mi yg tgh sibuk terkejut bila tgk hyuk joo tgh payungkan dia..hyuk joo tanya napa dia x berckp masa call tadi.? sang mi terkejut tanya amcm lak hyuk joo tau dia yg call sdgkan dia gunakan public phone. Hyuk joo x jawab soalan tu tapi kata lama gak dia mencari sang mi dan sang mi tanya lak amcm pula hyuk joo tahu yg dia ada kat sini. Tapi Hyuk joo suruh sang mi duduk aje dlm keta biar dia yg buat...pada mulanya sang mi membantah tapi akhirnya mengalah dan dari dlm keta dia memerhatikan hyuk joo yg sesekali memandang dia sambil tersenyum. Dlm keta hyuk joo kata muka dan bibir sang mi dah pucat sbb sejuk tapi sang mi kata dia x kisah sbb dia selalu berpegang gan motto dia iaitu 'dpt meneruskan kehidupan adalah satu kemenangan' hyuk joo terperanjat kata dia mcm pernah dgr kata2 tu dan dia baru teringat kata2 tu ada tertulis pada dinding bilik rumahnya dan kerana baginya tulisan tu nampak hodoh maka dia tutup gan poster. Sang mi kelihatan gembira dan tanya minta hyuk joo ikhlas gitau amcm hyuk joo tau dia yg call sedangkan masa tu dia gunakan public phone. Hyuk joo sambil tersenyum mengusik gitau yg dia sperti tau org yg call adalah Ma Sang mi..pastu dia gitau ler sebenarnya sun yeong yg gitau psl sang mi pegi pasar ni. Sang mi pun gitau x kira motto dan panggilan phone smcm mereka berdua mempunyai telepati utk berhubung. Hyuk joo kata tu semua x hairan sbb bukan ke selama ni diorg berdua selalu bersama maka semakin lama dah semakin serasi..mendgr tu sang mi tersenyum gembira...dan mereka saling berpandangan dan tersenyum...
Disebuah bilik dlm Pride...
Hyuk joo membantu sang mi menyusun dan mengasingkan manik tersebut..sang mi lak x sudah2 ckp psl telepatinya yg katanya benda tu x semestinya ada kat semua org. Pastu dia citer ler yg dia pernah tgk kat tv psl telepati merupakan takdir utk mengikat pasangan..biarpun berlainan tpt tapi mereka masih boleh berkomunikasi. Hyuk joo pandang sang mi komen dia tgk sang mi dah semakin kurus? sang mi kata dia terlalu sibuk dan lagi pun dia adalah org baru dan sbb tu utk pertama kalinya dia x dpt buat apa2 persedian utk ulangtahun kematian bapanya ari ni..Hyuk joo sedikit marah kenapa sang mi x ambik cuti aje. Tapi sang mi kata dia cuti pun x guna gak sbb bapa dia x suka dia adakah upacara yg berat2..yg penting dtg menziarahi dan berckp sikit kat kubur sudah cukup. Sang mi terkejut bila hyuk joo kata bapanya boleh dikira berada dimana2 x sementinya kat kubur dan anggaplah dirinya skrg ni adalah bapanya..sang mi tergelak gelihati bila hyuk joo gan wajah serius pegang renda lonceng dan mula berlagak mcm kena rasuk hantu..bila melihat cara hyuk joo memanggil sang mi mcm seorg bapa panggil anaknya sang mi terus tergelak kelakar tapi hyuk joo mentain gan wajah serius dan marah sang mi lak jgn x bersopan dpn org tua..terus sang mi pun menghadap hyuk joo dan mula panggil bapa kata dia minta maaf yg dia x dpt melawat kuburnya. Hyuk joo gan nada org tua kata sbb tu ler dia sendiri dtg jumpa sang mi dan mula bertanya kabar. Sang mi kata dia sihat dan dia dah byk lakukan byk benda. Pastu hyuk joo kata bagus ler mcm tu dan tanya psl sang mi skrg rapat gan seorg lelaki yg berwatakan baik juga hensem bernama Kwon Hyuk joo. Sang mi kata psl org tu mmg sgt menyakitkan hati. Hyuk joo lak bila dgr terdeham2 (mcm tersedak hyuk joo bila dgr sang mi kutuk dia.. ) hyuk joo pun kata buat mcm tu adalah demi kebaikan sang mi. Sang mi kata yg diorg selalu bergaduh masa mula2 kenal tapi lama2 kelamaan hyuk joo berubah baik, ajar dia menari malah jadikan dia sebagai pengurus Gengster. Hyuk joo masa ni terus merenung tersentuh gan kata2 sang mi. Sang mi lak terus bercerita mcm hyuk joo x ada dpn dia..kata semua kebaikan hyuk joo kata hyuk joolah yg selalu bagi keberanian malah mereka saling membantu bila didlm kesusahan dan telah mengalami byk hal bersama dan kerana tulah mereka menjadi rapat. Hyuk joo terus tersenyum bila sang mi terus bercerita kata skrg dia dah kerja kat Pride dan biarpun dia selalu dibuli tapi dia gembira. Dgn tu dia amat berterima kasih pada hyuk joo kerana byk membantunya sehingga gan sendirinya dia dpt menemui kebolehan yg ada dlm dirinya. Hyuk joo yg gembira dan terharu terus berdiri masih gan nada org tua suruh sang mi juga berdiri dan memeluknya. Sang mi berdiri dan terus memeluk hyuk joo gan erat..tapi tiba2 suasana bertukar jadik lain pulak..masing2 dah rasa lain. Sang mi lak leh kata yg dia x tau amcm nak lepaskan pelukan diorg..hyuk joo terus meleraikan pelukan diorg dan kata dia nak balik dan suruh sang mi kemas yg lain..kelihatan dua2 dah segan2...
Disebuah restorant...
ni malas nak ckp panjang lebar...Penipu club mlm tu rupanya kenalan lama Pengarah Choi dan penipu ni try nak ugut psl kata dia dah keluarkan dulu album kumplan Gengster jadi dia nak saman Pride. Silap org dia nak tipu.. .sebaliknya penipu ni kena balik oleh Pengarah Choi sampai terkulat2 dia keluar dari bilik...
Di bilik rakaman...
Hee soo berlatih menyanyi tapi suara dia x leh pegi note tinggi sampai tekak dia jadik sakit. Dia berehat seketika..masa ni dah dah amalkan makan pil penenang hati masa ni dia terbaca muka dpn akhbar pasal penyanyi yg x tau nyanyi tapi perasaan nak jadik penyanyi...hehehe..artikel tu mcm psl dirinya aje..Hee soo mengeluh dan berazam nak cuba berlatih gi..masa ni Gengster msk dan diorg berpandangan terutama hyuk joo..lepas diorg keluar hee soo tersenyum sendirian teringat kisah lama ler tu..kata kingmart x pernah berubah sama mcm dulu gak..kemudian dia terpandang calendar..kat situ tertulis hari kumpulan Gengster buat persembahan utk pertama kali.
Di bilik latihan..
Gengster berlatih menari tapi asyik dimarah jurulatih sbb step diorg selalu salah. Pengarah Choi dan pengurus sang hyun msk dan marah napa diorg suka menlawan ckp dan hyuk joo kata apa bezanya pro gan penari..apa yg diorg buat skrg ni mcm sama aje melakukan catwalk didpn camera..dah jadi mcm tu apa gi yg seronoknya...Pengurus sang hyun marah diorg sbb biadap tapi Pengarah Choi yg seperti terpikir sesuatu terus ajak Pengurus sang hyuk keluar..rupa2nya hyuk joo telah secara x langsung memberi memberi ilham utk dia buat diorg popular sebelum muncul dpn public iaitu photshot besar2 dlm majalah utk memperkenalkan Gengster malah Pengarah Choi mempergunakan video lama semasa Gengster menari diluar sebelum jadi artis..Promosi besar2an ni berjaya dan album laris diluar malah populariti Gengster juga terus naik.
Dibelakang pentas..
Persembahan pertama Gengster..semua org dlm keadaan cemas. Sang mi dtg nak bagi semangat kat diorg. Kebiasaan hyuk joo adalah minum jus sebelum buat persembahan mmg dah sang mi hafal dan dia bawa khas minuman tu utk hyuk joo..masa ni sang mi pinkan pin yg sama masa diorg buat show pertama kat pantai dan sang mi kata kali ni adalah jenama rekaan dibawah lebel Ma sang mi dan dia tambah sikit kat pin tu iaitu perkataan 'Tenaga'. Hyuk joo tersenyum tanya apa maksudnya dan sang mi gi tu perkataan tenanga tu adalah utk hyuk joo mengatasi perasan cemas dipentas.Hyuk joo yg terharu mencubit mesra pipi sang mi sambil ucap terima kasih...berpandangan seketika..wah romantik gak ler..
Di bilik kawalan bunyi...
Hee soo baru abis berlatih dan crew kat situ memuji tahap suara hee soo amat baik masa ni.. hee soo gembira..masa mengutip note music dia terpandang tv kemudian merenung jam dan teringat ari ni adalah show pertama Gengster..hee soo menghantar sms bagi kata2 semangat kat hyuk joo kata dia akan jadi peminat pertama hyuk joo. Hyuk joo terdiam..bila yg lain tanya siapa hyuk joo kata x ada apa..mang joo lak dlm diorg gemuruh tu dia melompat happy sbb dpt msg dari sun yeong suruh dia berusaha gak siap kata 'dari malaikat kesayangan..' ...dia yg bersemangat terus suruh member yg lain berkumplan membuat simbol semangat sebelum show bermula...
Show bermula...
Pengacara..(yess...Brian Jo... ) mengalu2kan kemunculan group baru...
Gangster dlm keadaan gemuruh tapi bila mendgr jeritan kuat peminat semuanya mula bersemangat..mereka memulakan persembahan dgn lagu 'Chance'...Sang mi, Pengarah Choi dan Pengurus sang hyun memerhati dari bawah...
Di Rumah Kwon..
kawan2 mak hyuk joo berkumpulan dirumah dan bukan main bangga gi mak dia menjerit2 setiap kali nampak hyuk joo..
Dikelab mlm...
Bapa hyuk joo gan yg lain berkumplan gan tgk persembahan Gengster..bapa dia pun puji anak dia setinggi langit..
Di bilik rakaman...
Hee soo tersenyum gembira melihat persembahan Gengster..
Tpt Show..
diakhir persembahan mata hyuk joo sibuk mencari sang mi..dan bila nampak aje dia terus senyum..
Disebuah kelab...
Pengurus sang hyuk bawa diorg pegi ke sebuah kelab yg hanya dibukak khas utk diorg aje..sebelum pegi tu dia berpesan supaya diorg jgn sesekali keluar dari kelab tu sbb takut peminat dan wartawan tau dan lepas diorg berparti kena balik hostel kul 2 pagi...keluar aje Pengurus sang hyuk diorg semua berteriak happy sgt..apa gi parti ler diorg..yg lain dah separuh mabuk dan mang joo tiba2 lak jadik sentimental sampai diusik oleh kingmart panggil dia org tua.. ..tapi mang joo kata dia nak semua berjanji yg diorg akan bersama sampai bila2 dan x akan berubah selama2nya...mendgr tu semua terdiam dan berjanji akan patuh...oleh kerana sang mi x campur diorg minum arak maka dia cuma duduk seorg2 sambil tersenyum2 perhatikan gelagat yg lain..hyuk joo terperasaan lalu duduk gan sang mi...sang mi terkejut bila tiba2 hyuk joo meletakkan tangannya diatas bahunya dan terus ckp yg separuh dari kejayaan diorg mlm ni adalah milik sang mi...mendgr tu sang mi tersenyum terus membalas letak tangannya diatas bahu hyuk joo gak..mulanya hyuk joo terkejut tapi hanya tersenyum bila tgk sang mi senyum kat dia..saat dan ketika ni senyuman hilang terus dari muka diorg bila ternampak hee soo dtg gan membawa sebakul bunga..sang mi renung hyuk joo..yg lain nampak x senang hati gan kehadiran hee soo..Hee soo sambil bersikap mesra kata dia dtg nak ucapkan tahniah atas kejayaan diorg..hyuk joo berdiri dekat pintu dan gan dingin suruh hee soo balik...hee soo yg sedikit sedih hanya senyum mintak maaf kerna ganggu diorg dan dia pun balik...member yg lain bersungut marah kata diorg patut kunci pintu..siap suruh buang bakul bunga sbb takut bawa sial kat diorg..sang mi dan hyuk joo hanya diam mendgr...tanpa disedari yg lain perlahan sang mi keluar mengejar hee soo dan terus tanya tujuan dia dtg sebenarnya utk apa.? hee soo kata di nak jumpa hyuk joo psl nak bagi komen psl persembahan hyuk joo..dia kata gi yg dia nak hantar msg tapi sbb byk benda yg dia nak ckp psl tu ler dia dtg. Hee soo terdiam tunduk bila sang mi tanya adakah dia masih suka gan hyuk joo? dan klu betul2 suka dia leh balik kepangkuan hyuk joo dan kena layan dia gan baik tapi klu hanya sekadar hee soo ingin melepaskan keletihan dan ingin cari org utk menyenangkan hatinya maka dia x sepatutnya jgn dtg. Mcm gak seperti Rex yg dah tinggalkan dia klu dtg balik sekadar utk mengilangkan kebosanan mesti hee soo juga x suka. Hee soo tersenyum kata dia dah paham dan kata gak sang mi dah byk berubah x mcm dulu..sang mi kata dia mintak maaf bagi pihak Gengster dan lagipun dia paham perasaan hee soo sbb dia pun pernah mengalami perkara mcm tu. Sebelum pegi sang mi kata hee soo dia tgk nampak kelihatan amat kesunyian...hee soo lak hanya diam sedih mengiakan dlm hati kebenaran apa yg sang mi ckp tu...mmg pun dia tgh kesunyian skrg...
Didepan hostel...
Sebelum berpisah hyuk joo ajak sang mi keluar hujung minggu sbb dia nak belikan handphone sebagai hadiah utk sang mi diatas kejayaan mereka tu..sang mi terharu dan hanya memandang hyuk joo gan gembira bermain host sambil menyembur air kearah member yg lain sampai basah tapi bagi hyuk joo disebalik senyuman dia..dia teringat kembali kenangan manis hee soo bersama mereka dlm setuasi yg sama dimana hee soo gan gembira barmain air dgn diorg...sang mi terus memerhati hyuk joo dan dia seperti dpt merasakan apa yg tersembunyi dlm hati hyuk joo..dia tau hyuk joo cuba menyembunyi kesediaan hatinya gan tawa diwajahnya...dan melihat ni sang mi turut sama sedih...
Tuesday, October 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment